Jiwai Bulan Kebangsaan, Bangga Dengan Malaysia-Joachim

Jiwai Bulan Kebangsaan, Bangga Dengan Malaysia-Joachim

0
SHARE
Joachim
Joachim (kanan) melawat pameran yang dibuat oleh agensi dan jabatan kerajaan ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

RANAU, SABAH – Semua pihak perlu menjiwai bulan kebangsaan dan berbangga dengan Malaysia.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam berkata negara terdiri daripada pelbagai bangsa serta agama dan ini menjadi titik kukuh membina perpaduan.

“Percayalah walaupun mungkin terdapat perbezaan di kalangan pemimpin namun mereka tetap sama, mahukan yang terbaik untuk negara,” katanya selepas merasmikan Program Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Pelepasan Konvoi Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah 2023 Peringkat Daerah Ranau.

Ranau merupakan persinggahan ke-48 daripada 66 perhentian KMJG yang telah menghabiskan pengembaraan di Pantai Barat Sabah sehingga ke Lawas, Sarawak dan kini memulakan pergerakan ke Pantai Timur Sabah.

Pelbagai aktiviti diadakan di Pentas Budaya Kundasang termasuklah pameran oleh jabatan dan agensi kerajaan.

Turut hadir dalam program tersebut Ahli Parlimen P179 Ranau Datuk Jonathan Yasin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Amisah Yassin. — JABATAN PENERANGAN SABAH