Jumlah Jangkitan Kembali Meningkat, 24 Kes Baharu Direkodkan

Jumlah Jangkitan Kembali Meningkat, 24 Kes Baharu Direkodkan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan harian kembali meningkat dengan 143 kes baharu, iaitu pertambahan 24 kes berbanding angka semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata lebih banyak daerah mencatatkan jangkitan baharu walaupun kebanyakannya adalah pada kadar yang kecil.

“Cuma sembilan (9) daerah ‘bersih’ daripada sebarang jangkitan berbanding 17 daerah semalam. Jumlah sampel ujian yang lebih tinggi daripada sebelumnya juga sedikit sebanyak mempengaruhi jumlah kes positif hari ini…

“Semalam jumlah sampel ujian ialah 1,993 tetapi hari ini bertambah kepada 2,988,” jelasnya dalam rumusan harian kes.

Katanya sebelas daerah (11) merekodkan peningkatan kes berbanding hanya 6 daerah yang merekodkan penurunan.

Antaranya ialah Penampang yang naik 15 kes, Beaufort +8, Putatan +8, Tawau +5, Papar turun 6 kes dan Tuaran -13.

“Sebanyak 10 daerah yang mencatatkan jangkitan baharu tidak mencatatkan sebarang kes sebelumnya dan hanya dua daerah kembali mencatatkan kes sifar hari ini,” beliau berkata.

Dalam pada itu, terdapat satu (1) kes masing-masing dalam Kategori 4 dan Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (05 Julai 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 60 (62)
Penampang 27 (12)
Beaufort 8 (0)
Putatan 8 (0)
Sandakan 5 (7)
Tawau 5 (0)
Tuaran 5 (18)
Papar 4 (10)
Tenom 4 (0)
Kunak 3 (0)
Tambunan 3 (0)
Keningau 2 (2)
Kota Marudu 2 (2)
Kudat 2 (0)
Sipitang 2 (0)
Kalabakan 1 (0)
Kota Belud 1 (1)
Semporna 1 (0)
Beluran 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kuala Penyu 0 (4)
Lahad Datu 0 (1)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Ranau 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)