KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes baharu hari ini meningkat kepada 169 daripada 160 kelmarin walaupun jumlah sampel ujian berkurangan.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata sampel yang diterima berkurang daripada 2,508 kelmarin kepada 2,219.
“Ini adalah disebabkan kadar positiviti hari ini meningkat kepada 8.70 perarus berbanding 7.30 peratus kelmarin…
“Jumlah daerah yang merekodkan peningkatan dan penurunan jangkitan baharu hampir seimbang, iaitu 12 daerah mencatat peningkatan dan 9 daerah merekodkan penurunan.
“Lima daerah merekodkan jangkitan baharu dua angka yang didahului oleh Kota Kinabalu dengan 65 kes (+21), Sandakan 14 kes (+6), Tuaran 14 (-2), Penampang 10 (-+) dan Putatan 10 kes (+1),” katanya dalam rumusan harian kes.
Tujuh daerah tidak mencatat sebarang jangkitan baharu termasuk Tambunan yang merekodkan 11 kes kelmarin.
Dalam pada itu terdapat dua (2) kes dalam Kategori 3 serta satu (1) kes dalam Kategori 4 hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (07 Sept 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 65 (44)
Sandakan 14 (8)
Tuaran 14 (16)
Penampang 10 (10)
Putatan 10 (9)
Kota Belud 8 (3)
Lahad Datu 6 (2)
Papar 6 (3)
Tawau 6 (13)
Tenom 6 (4)
Beaufort 4 (14)
Keningau 4 (2)
Ranau 3 (8)
Beluran 2 (4)
Kinabatangan 2 (3)
Kota Marudu 2 (1)
Nabawan 2 (1)
Semporna 2 (0)
Tongod 2 (0)
Kudat 1 (1)
Kalabakan 0 (0)
Kuala Penyu 0 (0)
Kunak 0 (0)
Pitas 0 (0)
Sipitang 0 (1)
Tambunan 0 (11)
Telupid 0 (2)