KOTA KINABALU, 2 Oktober – Datuk Seri Panglima Kadzim M Yahya telah dilantik semula sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.
Kadzim menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.
Selepas mengangkat sumpah di hadapan Tun Musa, Kadzim menandatangani dokumen tersebut yang disaksikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi.
Istiadat itu turut disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joachim Gunsalam dan Datuk Ir Shahelmey Yahya.






