KUALA LUMPUR – Band terkenal dari Indonesia, Ungu bakal tampil di Grand Ballroom ITCC Penampang dalam Konsert ‘Ungu Di Bawah Bayu’ yang dijadualkan berlangsung pada 25 November ini.
Konsert terbabit dianjurkan secara bersama
Jeeharris Corporation dan Aiz Spektra dimana sebelum ini pernah turut mengadakan beberapa acara di negeri ini, sebelum ini.
Bertapak hampir tiga dekad dalam industri hiburan semenjak 1996, band Ungu telah mengukir nama yang gah bukan sahaja di Indonesia malah di Malaysia khususnya di Sabah.
Antara lagu yang bakal didendangkan dalam konsert terbabit adalah seperti Tercipta Untukku, Demi Waktu dan Andaiku Tahu.
Menurut penganjur, tujuan utama penganjuran konsert seperti ini adalah untuk membuka ruang Kerjasama antara industri hiburan dari luar negara dengan industri pelancongan di Sabah.
Selain daripada memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk berhibur, konsert seperti ini juga dapat memberi impak yang positif kepada ekonomi serta menjadi pembuka jalan kepada lebih ramai band dan artis datang ke Sabah.