Kanada Kenakan Sekatan Baharu Kepada Rusia

Kanada Kenakan Sekatan Baharu Kepada Rusia

0
SHARE

OTTAWA, KANADA – Kanada mengumumkan sekatan baharu ke atas industri minyak, gas dan kimia Rusia.

Menteri Luar Kanada, Melanie Joly melaporkan perkara tersebut dalam satu kenyataan pada Rabu lalu.

Beliau berkata, angkah baharu itu termasuk larangan terhadap eksport 28 perkhidmatan penting bagi operasi industri minyak, gas dan kimia, termasuk perkhidmatan teknikal, pengurusan, perakaunan dan pengiklanan.

Sekatan terhadap industri eksport minyak, gas dan perkhidmatan kimia itu menyumbang kira-kira 50 peratus pendapatan belanjawan persekutuan Rusia.

Sejak 24 Februari tahun ini, Kanada telah mengenakan sekatan ke atas lebih 1,070 individu dan entiti dari Rusia, Ukraine dan Belarus.