KBS Didesak Beri Penjelasan Kelewatan Kompleks Sukan Kota Marudu

KBS Didesak Beri Penjelasan Kelewatan Kompleks Sukan Kota Marudu

0
SHARE

KOTA MARUDU: Pemangku Presiden SAFA Daerah Kota Marudu, Jimson Majemal, kecewa dengan kegagalan menyiapkan Kompleks Sukan Kota Marudu walaupun selepas lanjutan tempoh sehingga 31 Mei 2025.

“Projek sepatutnya siap menjelang 31 Mei, namun sebaliknya berlaku,” katanya sambil mendesak Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBS) tampil beri penjelasan kepada rakyat.

Beliau berkata penduduk, khususnya peminat sukan, menanti-nantikan kemudahan itu sebagai hadiah Kaamatan namun kecewa kerana ia masih terbengkalai.

Menurutnya, KBS pernah memberi jaminan projek akan disiapkan secepat mungkin.