KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri, Dr. Joachim menerima kunjungan hormat dari Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Nabawan, di pejabatnya di Wisma Kewangan di sini, hari ini.
Dr. Joachim yang juga Naib Presiden PBS menyambut baik kunjungan ini, yang diketuai oleh Timbalan Ketua Bahagian, Razali Angadi.
Perjumpaan tersebut bertujuan untuk membincangkan hal-hal dalaman parti bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang.
Katanya, kepimpinan peringkat akar umbi perlu kukuhkan pergerakan dalam parti.
“Kita perlu memperlihatkan kekuatan kita mulai daripada sekarang,” kata Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dalam sebuah kenyataan media.
Dr. Joachim juga menyeru kepada kepimpinan PBS Nabawan untuk mengenal pasti pengundi bermula daripada sekarang, sebelum pilihanraya umum (PRU) akan datang.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Setiausaha Bahagian, Justin Talu; Ketua Penerangan, Tony Kailoh; Bendahari, AR Patrick Sigoh; serta ahli jawatankuasa (AJK) Alexander Adut dan Fatimah Sigoh.





