10 Hari Selepas Menewaskan Jake Paul, Anthony Joshua Terlibat Kemalangan Maut di...

10 Hari Selepas Menewaskan Jake Paul, Anthony Joshua Terlibat Kemalangan Maut di Nigeria

0
SHARE

LAGOS, NIGERIA: Juara heavyweight Anthony Joshua, 36, dilaporkan cedera ringan dalam kemalangan kereta di lebuh raya Lagos-Ibadan, Nigeria, pada Isnin, yang meragut nyawa dua penumpang lain.

Joshua berada dalam sebuah kenderaan utiliti sukan Lexus yang merempuh lori berhenti kira-kira jam 11 pagi di Makun, hanya sepuluh hari selepas menewaskan YouTuber Jake Paul di Miami. 

Rakaman video menunjukkan Joshua tanpa baju kelihatan terkejut di dalam kenderaan yang remuk, sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan.

Eddie Hearn, penganjur Joshua, berkata beliau dalam proses menghubungi jaguh itu, tetapi Joshua kelihatan selamat berdasarkan imej yang tersebar.

Pegawai polis Ogun State, Lanre Ogunlowo, mengesahkan kemalangan dan dua kematian, sementara Joshua dilaporkan trauma namun stabil.

Joshua, yang berasal dari Sagamu, Nigeria, dijadualkan bertarung di Riyadh, Arab Saudi, Februari depan.

Kejayaan beliau menewaskan Paul awal bulan ini dilaporkan membawa pulangan kira-kira £70 (RM383) juta.

Kemalangan ini berlaku ketika Joshua berada di Nigeria untuk lawatan seminggu, selepas kembali ke Britain selepas kemenangan knock-out ke atas Paul.