Kerajaan Negeri Tekad Mewujudkan 2 Buah PPKK Setiap Tahun – Shahelmey

Kerajaan Negeri Tekad Mewujudkan 2 Buah PPKK Setiap Tahun – Shahelmey

0
SHARE
Shahelmey ketika melawat PPKK Kg. Koniungan, Matunggong pagi tadi...

KUDAT, SABAH – Usaha merakyatkan perkhidmatan kepada masyarakat akan terus dilakukan dalam memastilan tiada golongan terpinggir di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, usaha ini akan diteruskan ke seluruh negeri Sabah.

“Kementerian saya akan terus berusaha untuk merakyatkan perkhidmatan kepada seluruh rakyat negeri Sabah…

“Tidak kira sama ada mereka yang berada di luar bandar ataupun dalam bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Logo Baru Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPKK) di Kampung Koniungan Darat, Matunggong pagi tadi.

Shahelmey ketika meletakkan plak jabatan di sebuah rumah yang dibaik pulih oleh JPKA ketika melawat program baik pulih rumah JPKA di Kg. Koniungan, Matunggong pagi tadi…

Terdahulu, semasa program tersebut, Shahelmey berkata bahawa pelancaran logo baru ini membuktikan setapak lagi peningkatan PPKK di negeri ini yang juga tersenarai dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021-2025

Jelasnya, kementeriannya juga akan terus berusaha agar PPKK di negeri ini akan terus berkembang.

Shahelmey (dua dari kanan) menyampaikan trofi kepada pemenang pertandingan mencipta logo PPKK yang baru sambil disaksikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap ADUN Matunggong; Datuk Julita Mojungki (dua dari kiri) dan Timbalan Pengarah JPKA; Natelie Gaban (kiri sekali)…

“Sejajar dengan hala tuju Sabah Maju Jaya, Kerajaan bertekad untuk mewujudkan dua (2) buah PPKK setiap tahun bermula tahun ini sehingga 2025…

“Semoga ianya menjadi identiti yang mengukuhkan lagi perkhidmatan kepada golongan sasar iaitu kanak-kanak.

“Kementerian saya melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah akan terus meningkatkan usaha agar PPKK terus berkembang bukan sahaja dari segi pembelajaran asas tetapi juga pendidikan ke arah kehidupan seimbang,” jelasnya.

Untuk rekod, terdapat 35 buah PPKK di negeri Sabah di bawah JPKA dan PPKK Koniungan Matunggong merupakan PPKK yang pertama ditubuhkan di Sabah pada tahun 1995.

PPKK merupakan pusat tempat kanak-kanak di beri pendidikan asas seperti menulis, membaca dan mengira di kawasan-kawasan yang tidak mempunyai skolah pendidikan awal seperti tadika.