Kes Harian COVID-19 Sabah Kembali Turun Di Bawah Paras 300

Kes Harian COVID-19 Sabah Kembali Turun Di Bawah Paras 300

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah kembali mencatat jangkitan baharu di bawah paras angka 300 dengan 214 KES baharu, iaitu penurunan sebanyak 99 kes berbanding semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes baharu di Sabah yang lebih rendah hari ini berpunca daripada penurunan kes baharu di Kota Kinabalu (-70) kes dan Putatan (-23) kes.

“Sebanyak 6 daerah mencatatkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 34 kes, Papar 27 kes, Penampang 18 kes, Keningau 15 kes, Beaufort 15 kes dan Tuaran 13 kes, manakala 19 daerah lain hanya mencatatkan kes satu angka…

“Semporna dan Tongod tidak mencatatkan sebarang jangkitan baharu hari ini,” katanya dalam rumusan harian kes.

Terdapat tiga (3) orang pesakit berada dalam Kategori 3, empat (4) lagi dalam Kategori 4 dan dua (2) dalam Kategori 5 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (31 Mac 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 34 (104)
Papar – 27 (28)
Penampang – 18 (23)
Keningau – 15 (6)
Beaufort – 15 (11)
Tuaran – 13 (18)
Beluran – 9 (6)
Kota Marudu – 8 (11)
Pitas – 8 (9)
Tawau – 7 (9)
Putatan – 7 (30)
Lahad Datu – 6 (4)
Kinabatangan – 6 (2)
Tambunan – 5 (5)
Kuala Penyu – 5 (3)
Ranau – 5 (6)
Sandakan – 5 (11)
Kunak – 5 (3)
Sipitang – 5 (7)
Tenom – 5 (5)
Telupid – 2 (0)
Nabawan – 1 (0)
Kalabakan – 1 (1)
Kudat – 1 (5)
Kota Belud – 1 (5)
Semporna – 0 (1)
Tongod – 0 (0)