Angka Kes COVID-19 Di Sabah Terus Menurun Kepada 450 Kes Hari Ini

Angka Kes COVID-19 Di Sabah Terus Menurun Kepada 450 Kes Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Penyusutan 52 kes COVID-19 baharu membawa angka kumulatif hari ini kepada 450 KES.

Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berekata, ia merupakan angka terendah sejak 16 Julai tahun ini.

“Sebanyak 16 daerah mencatatkan penurunan kes, lapan (8) daerah mencatatkan peningkatan kes dan tiga (3) daerah kekal sebagaimana catatan semalam…

“Hanya dua (2) daerah melepasi catatan 50 kes sementara 19 daerah merekodkan kes dibawah paras 20 kes,” katanya dalam sebuah rumusan harian kes.

Daerah Kota Belud dan Ranau menjadi penyumbang kes dikala daerah lain menunjukkan trend penurunan.

Kota Belud mencatatkan kes tertinggi dengan 64 kes, diikuti dengan Ranau sebanyak 54 kes.

Dalam pada itu, daerah Tongod mencatatkan sifar (0) kes baharu.

Daripada 450 kes hari ini, 266 kes atau 59 peratus (59.11%), merupakan kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Sebanyak 96 peratus (96%) daripada kes hari ini adalah pesakit dalam Kategori 1 dan 2…

“Manakala bagi Kategori 3 seramai satu (1) orang, Kategori 4 seramai tiga (3) orang dan sama bagi Kategori 5. Sebanyak 11 kes lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan,” katanya lagi.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (25 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Belud – 64 (42)
Ranau – 54 (56)
Kota Kinabalu – 43 (49)
Tenom – 36 (21)
Kinabatangan – 33 (16)
Keningau – 30 (49)
Tuaran – 30 (17)
Penampang – 21 (34)
Beaufort – 18 (12)
Kudat – 18 (15)
Tawau – 17 (10)
Kota Marudu – 13 (33)
Tambunan – 10 (17)
Lahad Datu – 10 (25)
Putatan – 10 (11)
Papar – 8 (19)
Sandakan – 8 (20)
Sipitang – 7 (13)
Beluran – 6 (8)
Pitas – 3 (15)
Semporna – 2 (2)
Kuala Penyu – 2 (7)
Telupid – 2 (4)
Kunak – 2 (2)
Nabawan – 2 (2)
Kalabakan – 1 (0)
Tongod – 0 (3)