Program Malaysia Book Of Records Mempromosikan Budaya Sabah

Program Malaysia Book Of Records Mempromosikan Budaya Sabah

0
SHARE
Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag (tiga dari kanan) menerima cenderakenangan daripada Timbalan Presiden Persatuan Orkestra Muzik Bambu Tamparuli Sabah (OMBAK), Stanley Missun sempena kunjungan hormat ahli majlis tertinggi (AMT) OMBAK di kediaman rasmi Ketua Menteri di Rumah Yayasan Sabah, di sini pada Isnin...

KOTA KINABALU, SABAH – Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag, menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Orkestra Muzik Bambu Tamparuli Sabah (OMBAK) di kediaman rasmi Ketua Menteri, Rumah Yayasan Sabah, hari ini.

Kunjungan hormat oleh ahli majlis tertinggi (AMT) OMBAK itu diketuai Timbalan Presidennya, Stanley Missun.

Antara tujuan kunjungan hormat itu adalah untuk memaklumkan kepada isteri Ketua Menteri mengenai pelaksanaan program untuk dimasukkan dalam The Malaysia Book Of Records iaitu Longest Non-Stop Facebook Live Broadcasting Talent Performance’ selama 24 jam, pada 4 November hingga 5 November ini.

Selain itu, lawan juga bertujuan untuk menjemput isteri Ketua Menteri sebagai tetamu kehormat majlis berkenaan yang diadakan secara langsung menerusi Facebook.

Juliah turut merakamkan tahniah dan syabas kepada OMBAK atas inisiatif menganjurkan program itu sekali gus untuk dimasukkan dalam The Malaysia Book Of Records.

“Program ini akan mempamerkan atau mempromosikan budaya kita di Sabah kepada seluruh dunia,” katanya.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag (tiga dari kanan) menerima cenderakenangan daripada Timbalan Presiden Persatuan Orkestra Muzik Bambu Tamparuli Sabah (OMBAK), Stanley Missun sempena kunjungan hormat ahli majlis tertinggi (AMT) OMBAK di kediaman rasmi Ketua Menteri di Rumah Yayasan Sabah, di sini pada Isnin…

Sementara itu, Stanley berkata antara pengisian dalam program itu ialah persembahan muzikal bambu, bercerita, memasak dan gurindam.

“Program Longest Non-Stop Facebook Live Broadcasting Talent Performance’ ini adalah anjuran OMBAK dengan Majlis Belia Sabah, bermula jam 2 petang pada 4 November,” katanya.

Turut hadir adalah AMT OMBAK iaitu Wendy Guntarik, Lotipa Kilus, Nazir Daniel dan Anita Adus.