KOTA KINABALU, SABAH – Datuk Dr. Yusof Yacob kekal menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi DUN N.35 Sindumin.
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Kadzim Yahya, mengesahkan kedudukan bekas Ketua Penerangan Parti Warisan (WARISAN) tersebut dalam sebuah kenyataan hari ini.
Katanya kes Yusuf berfakta sama seperti isu ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir, yang turut keluar dari WARISAN pada Februari awal tahun ini.
“Pada hari yang sama Yusof mengumumkan keputusan untuk keluar dari WARISAN (8 Oktober), beliau juga telah memberitahu saya melalui perbualan telefon dan meminta bertemu dengan saya di pejabat saya…
“Satu mesyuarat telah diadakan pada 11 Oktober pada jam 11.20 pagi,” kata Kadzim.

Beliau menjelaskan pada pertemuan itu, Dr. Yusuf mengemukakan satu surat akuan bersumpah (SD) yang menyatakan antara lain bahawa dia (Yusof) telah membatalkan semua ikrar yang telah dibuat dengan WARISAN sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU) pada tahun 2020 berlangsung.
“Ini termasuk jika ada, janji untuk mengosongkan kerusi DUN N.35 Sindumin sekiranya dia meninggalkan Parti Warisan…
“Namun, empat (4) hari selepas itu, pada 15 Oktober, saya telah menerima surat dari firma guaman yang mendakwa bahawa mereka telah dilantik Yusof.
“Juga disertakan adalah surat peletakan jawatan sebagai ADUN yang kononnya ditandatangani oleh Yusof bertarikh 8 Oktober,” katanya lagi.
Sehari selepas itu, Yusuf sekali lagi mengemukakan SD kepada Kadzim yang menafikan kesahihan surat berkenaan.

“SD terbaru itu menyatakan antara lain bahawa Yusof tidak pernah menandatangani peletakan jawatan sebagai ADUN Sindumin seperti yang terkandung dalam surat oleh firma guaman itu.
“Saya telah menerima tiga (3) dokumen dari Datuk Dr. Yusof Yacob dan dua (2) dokumen dari Parti Warisan atau ejen parti berkenaan.
“Untuk menentukan status kerusi N.35 Sindumin, saya dipandukan dokumen-dokumen yang telah dikemukakan kepada saya,” katanya.
Kadzim menyimpulkan bahawa Yusuf bukan lagi seorang ahli politik WARISAN tetapi kerusi DUN N.35 Sindumin tidak kosong atau direbut ketika YB Datuk Dr. Yusuf Yacob mengisytiharkan untuk meninggalkan Parti Warisan pada 8 Oktober 2021.
“Oleh itu, Datuk Dr. Yusuf Yacob kekal sebagai ADUN N.35 Sindumin,” katanya.
Alasan Dr. Yusuf keluar dari parti WARISAN adalah sama seperti ADUN Sebatik: bahawa parti berkenaan terlalu berpolitik sehingga mengendahkan kesejahteraan rakyat.
Yusuf telah memilih untuk menjadi seorang ADUN Bebas dengan memberi sokongan kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah di bawah pimpinan Ketua Menter Datuk Seri Hajiji Noor.