COVID-19: KKM LAPORKAN 822 KES BAHARU HARI INI, 2 KEMATIAN DAN 769...

COVID-19: KKM LAPORKAN 822 KES BAHARU HARI INI, 2 KEMATIAN DAN 769 KES SEMBUH

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 769 KES pesakit telah sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 31,073 kes (72.5%).

Dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 hari ini adalah sebanyak 822 KES, demikian menurut laporan menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 42,872 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 11,497 kes.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 11 November 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

DARIPADA 769 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak tujuh (7) Kes import, manakala 815 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut KKM juga, sebanyak 86 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 30 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada laoran KKM hari ini, SABAH masih menjadi negeri tertinggi yang menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 di Malaysia.

Taburan kes baharu COVID-19 di Sabah setakat 11 November 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

KKM dukacita memaklumkan terdapat DUA (2) kes kematian direkodkan hari ini dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 302 kes (0.7%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SABAH masih mencatat kes tertinggi hari ini (11 November 2020) sebanyak 259 KES daripada keseluruhan 822 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)