KERAJAAN WARISAN SABAH TUMBANG: TINDAKAN PENGECUT SETELAH HILANG MAJORITI, SHAFIE ISYTIHAR BUBAR...

KERAJAAN WARISAN SABAH TUMBANG: TINDAKAN PENGECUT SETELAH HILANG MAJORITI, SHAFIE ISYTIHAR BUBAR DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Tindakan seorang ‘PENGECUT’, Shafie Apdal akhirnya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah selepas bertemu dengan Yang Dipertua Negeri Sabah pagi tadi di Istana Negeri Sabah.

Kerajaan Negeri Sabah yang diketuai oleh Shafie Apdal ‘tumbang’ selepas sebahagian besar wakil rakyat Warisan termasuk PKR dan UPKO telah mengumumkan keluar daripada parti untuk menyokong gabungan politik baharu yang diketuai oleh Tan Sri Musa Aman.

Shafie dalam sidang media sebentar tadi di Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) dengan penuh ego menyatakan bahawa beliau masih menjadi Ketua Menteri sehingga pengumuman tarikh pilihan raya di umumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sidang media Shafie Apdal bubarkan DUN Sabah – Video Ihsan daripada TV3…

Wakil rakyat yang telah keluar parti sehingga Parti Warisan tumbang di Sabah juga dilihat sebagai ‘WIRA’ kepada rakyat Sabah. Ini disebabkan keengganan mereka untuk terus bersekongkol dengan Shafie Apdal.

Sepanjang dua (2) tahun Shafie mengetuai pentadbiran negeri Sabah, keadaan negeri Sabah dilihat semakin teruk dengan kadar pengangguran semakin bertambah, KDNK telah jatuh menjunam malahan yang lebih malang banyak syarikat termasuk hotel terpaksa ditutup akibat ketidakcekapan Shafie mentadbir negeri Sabah.

Shafie juga GAGAL membawa pelabur untuk melabur ke Sabah, walaupun sebelum ini Timbalan Presiden Warisan Sabah Darell Leiking telah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.

Rakyat Sabah turut mengadu semasa sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dikuatkuasakan di Sabah, bantuan COVID-19 yang telah dijanjikan untuk sampai ke tempat mereka (rakyat Sabah) tanpa perlu keluar rumah GAGAL disalurkan sepenuhnya, malahan Shafie turut mengakuinya dan telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Shafie pada 25 Mac memberikan jaminan rakyat tidak perlu keluar rumah, sebaliknya barang akan dihantar terus ke hadapan pintu rumah, walau bagaimanapun perkara ini dinafikan oleh sebilangan besar rakyat Sabah…(Foto kenyataan Shafie dipetik di portal media tempatan)
Shafie memohon maaf gagal menyalurkan bantuan Covid-19 kepada rakyat Sabah (Foto ihsan portal media tempatan)

Rakyat Sabah juga jelas kecewa dengan keputusan Shafie untuk membubarkan dewan dalam masa yang sama penularan wabak COVID-19 masih mengganas di Sabah. Ini jelas satu tindakan pentingkan diri sendiri tanpa menghiraukan nyawa rakyat Sabah lainnya.

Kini, terpulang kepada perundangan negeri Sabah sama ada membenarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan atau sebaliknya, namun apa yang pasti rakyat Sabah sudah tidak sabar untuk menumbangkan Parti Warisan termasuk sekutunya di bumi Sabah.

Dalam masa yang sama, mereka (rakyat Sabah) turut berharap agar peralihan Kerajaan dapat dilakukan tanpa melalui pilihan raya sehingga vaksin COVID-19 ditemui.