Pembubaran DUN Sabah, SPR Masih Tunggu Makluman Rasmi Daripada Speaker

Pembubaran DUN Sabah, SPR Masih Tunggu Makluman Rasmi Daripada Speaker

0
SHARE

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali berhubung pembubaran DUN negeri itu.

Menurut sumber daripda Pegawai SPR, Speaker DUN Sabah perlu keluarkan notis (kepada SPR) terlebih dulu dan pabila notis sudah diterima, baru SPR akan keluarkan kenyataan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam sidang media di Kota Kinabalu semalam mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri dan ia telah mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Mohd Shafie, yang juga Presiden Parti Warisan Sabah, berkata beliau akan menjalankan tugas-tugas sebagai Ketua Menteri dalam tempoh pembubaran tersebut.

DUN Sabah mempunyai 65 kerusi ketika ini. 

Terdahulu pada Rabu, bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dalam sidang medianya mendakwa memiliki majoriti mudah bagi menubuhkan kerajaan negeri  baharu.