KOTA TINGGI, JOHOR – Kemalangan menimpa seorang jururawat selepas kereta Perodua Axia dipandu terbabas akibat stereng terkunci di FELDA Semenchu di sini, Ahad lalu adalah tidak benar.
Memetik laporan akhbar Harian Metro, kejadian yang menimpa Saidatul Atikah Shabandi, 24, yang dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Semenchu dari FELCRA Sungai Layau itu menjadi tular di media sosial mengaitkan dengan masalah ‘stereng kenderaan terkunci secara tiba-tiba’.
Ketua Polis Daerah Kota Superintendan Ashmon Bajah berkata, kejadian kira-kira jam 4.30 petang yang menimpa jururawat berkenaan tidak ada kaitan dengan kegagalan stereng kenderaan dipandunya.

“Kejadian itu menyebabkan kereta berkenaan terbabas ke kanan jalan dan menjunam beberapa meter di pekarangan sebuah rumah penduduk,” katanya.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan mengesahkan tiada penghuni rumah yang mengalami kecederaan dalam insiden itu.
Sementara itu, Ketua Kampung FELDA Semenchu, Omar Dean ketika dihubungi semalam mengakui insiden menimpa jururawat terbabit menarik perhatian orang ramai termasuk yang mengambil gambar dan menularkannya di media sosial.