Kerja Mendalamkan Sungai Lumadan Dimulakan

Kerja Mendalamkan Sungai Lumadan Dimulakan

0
SHARE

BEAUFORT, SABAH – Kerja-kerja pembesaran dan mendalamkan Sungai Lumadan sebagai satu langkah untuk mengatasi banjir terutamanya untuk enam (6) kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan telah dimulakan kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Haji Ruslan Muharam, yang memaklumkan ini, mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Beaufort kerana menyegerakan pelaksanaan projek terbabit.

Katanya, pelaksanaan projek ini dapat memberikan perasaan lega kepada para penduduk terutamanya di Kg. Lumadan, Kg. Jaya Baru, Kg. Batu 6 ½, Kg. Limpotong, Kg. Ulu Bukau dan Kg. Tamalang Along.

Ruslan (kiri) diiringi oleh jurutera Jabatan Perparitan dan Saliran daerah Beaufort, Pg Ismail Pg Othmanketika membuat tinjauan semasa kerja-kerja mendalamkan sungai dijalankan…

“Projek ini dilaksanakan berikutan permintaan para penduduk di kampung-kampung tersebut pada penghujung tahun 2020…

yang mahukan penyelesaian kepada masalah banjir yang sering berlaku mengakibatkan kerugian harta benda selama ini.

“Saya telah berbincang dengan JPS Beaufort bersama para pemimpin kampung untuk melawat sungai tersebut pada awal tahun lalu untuk mencari penyelesaian dan membuat cadangan untuk mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan.

“Alhamdulillah, kelmarin kerja-kerja pembesaran dan mendalamkan sungai tersebut telah dimulakan yang sudah pasti melegakan para penduduk di enam kampung tersebut kerana ini adalah untuk kesejahteraan mereka,” kata Ruslan dalam kenyataan media hari ini.