Kerja Pembinaan The Crown Bakal Disambung Tahun Depan

Kerja Pembinaan The Crown Bakal Disambung Tahun Depan

0
SHARE

KOTA KINABALU: Projek terbengkalai The Crown dijangka disambung semula pada suku pertama tahun 2026 selepas proses tender memilih “white knight” disasar dimuktamadkan tahun ini.

Datuk Raveendra Kumar Nathan, selaku Penerimandan Pengurus Golden Wave Sdn Bhd, dalam satu kenyataan memberi jaminan perkembangan positif itu dalam taklimat kepada Datuk Seri Dr. Sabin Samitah, Datuk Bandar Kota Kinabalu, baru-baru Ini.

Dr. Sabin menegaskan komitmen DBKK untuk membantu pembeli dan memastikan projek siap secepat mungkin, sekali gus menghapuskan “parut” lama pada landskap bandar.

Jawatankuasa Pro Tem The Crown turut merakamkan penghargaan kepada DBKK dan RKN atas sokongan berterusan.

Apabila siap, The Crown Dijangka menjadi mercu tanda baharu dengan kediaman premium serta pelbagai kemudahan moden.