Kerjasama Komuniti Dengan JBPM Mampu Cegah Bencana Peringkat Awal

Kerjasama Komuniti Dengan JBPM Mampu Cegah Bencana Peringkat Awal

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Kerjasama komuniti setempat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mampu mencegah bencana di peringkat awal.

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk M Noor Azman Taib berkata, komuniti di tempat kejadian boleh melakukan penyelamatan sekiranya berlaku kemalangan atau musibah.

“Ilmu yang diturunkan ke peringkat komuniti bertindak sebagai langkah pertama menyelamatkan keadaan…

“Di sini, terdapat 10 individu yang telah diberi tunjuk ajar kemahiran penyelamatan sementara menunggu pihak JBPM tiba,” katanya baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata latih amal kepada suri rumah melalui ceramah Sedia Urus Risiko Isi Rumah (SURI) membolehkan tindak balas cepat sekiranya terjadi kebakaran.

“SURI memberi fokus kepada isi rumah kerana dapur berisiko menjadi punca kebakaran semasa memasak di samping penggunaan gas dan peralatan elektrik.

“Kita juga dalam perancangan mengadakan kerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional untuk mewujudkan Bomba Komuniti Kumpulan Rukun Tetangga (BKRT) yang dianggarkan mempunyai 8000 ahli seluruh negara,” ujar beliau.

Menurutnya, BKRT kelak dapat memberi bantuan awal sekiranya berlaku kecemasan di 2,800 hotspot dan blindspot yang telah dikenalpasti.