SANDAKAN, SABAH – Penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sandakan tidak perlu membayar sewa selama TIGA (3) bulan bermula Januari ini susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan.
Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Wong Foo Tin berkata pengecualian pembayaran sewa PPR disewa di bawah pengurusan Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah di Sandakan.
Menurut beliau, pengecualian pembayaran berkenaan bermula dari bulan Januari 2021 hingga Mac 2021.
Wong juga berkata ini adalah selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah.
Untuk rekod, terdapat LAPAN (8) PPR yang telah disewakan di Sandakan iaitu PPR Mesra, PPR Murni, PPR Batu Sapi, PPR Muhibbah, PPR Sungai Manila, PPR Gum-Gum, PPR Harmoni dan PPR Lintas Sibuga.