COVID-19: KES BAHARU TERUS NAIK DENGAN TERTINGGI SETAKAT INI SEBANYAK 5,728 KES...

COVID-19: KES BAHARU TERUS NAIK DENGAN TERTINGGI SETAKAT INI SEBANYAK 5,728 KES DAN 13 KEMATIAN DIREKODKAN HARI INI

0
SHARE

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan hanya 3,805 KES pesakit telah sembuh hari ini, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysisa di Facebook rasmi KKM.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 161,527 KES (77.04%).

Namun, dukacita dilaporkan kes baharu positif COVID-19 terus meningkat dan mencatat kes tertinggi harian setakat ini iaitu sebanyak 5,728 KES.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 209,661 KES. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 47,388 KES.

DARIPADA 5,728 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak lima (5) Kes import, manakala 5,723 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut KKM juga, sebanyak 319 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 120 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 3,285 KES dan diikuti JOHOR sebanyak 792 KES dan KUALA LUMPUR sebanyak 480 KES.

KKM dukacita memaklumkan terdapat 13 KES kematian direkodkan hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 746 KES (0.36%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (30 Januari 2021) sebanyak 3,285 KES daripada keseluruhan 5,728 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)