KOTA KINABALU, SABAH – Sabah terus merakam jumlah kes COVID-19 tertinggi dengan 5,082 KES baharu hari ini iaitu peningkatan 708 kes berbanding semalam.
Terdapat DUA (2) lagi kluster jenis pendidikan baharu yang diisytiharkan iaitu Kluster Jalan Bandau di Kota Marudu dan Kluster Jalan Sokid di Ranau.
Kota Kinabalu mencatat daerah kes tertinggi di Sabah dengan 1,086 kes dengan hampir 60 peratus merupakan kes bergejala yang berpunca daripada jangkitan sporadik.
Datuk Seri Masidi Manjun bimbang jangkitan secara sporadik sudah menjadi satu trend di hampir semua daerah di Sabah.
“Statistik tinggi jangkitan secara sporadik bermakna jumlah kes baharu akan berganda dengan lebih cepat…
“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah akan menghadapi kesukaran menjejak indeks kes untuk tujuan mengenalpasti kontak-kontak rapat bagi membendung penularan lebih luas,” jelasnya.
Dalam rumusan harian kes, jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah itu berkata hanya daerah Kalabakan tidak mencatatkan sebarang jangkitan baru.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (16 Feb 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 1,086 (752)
Sandakan – 500 (647)
Penampang – 463 (385)
Tuaran – 421 (388)
Papar – 313 (233)
Tawau – 310 (256)
Ranau – 266 (158)
Lahad Datu – 263 (196)
Putatan – 222 (241)
Kota Marudu – 216 (116)
Keningau – 181 (144)
Beaufort – 144 (158)
Kota Belud – 137 (123)
Kuala Penyu – 61 (53)
Sipitang – 53 (83)
Beluran – 52 (45)
Kudat – 51 (39)
Kunak – 49 (53)
Tambunan – 47 (62)
Semporna – 45 (45)
Telupid – 45 (63)
Kinabatangan – 40 (40)
Pitas – 34 (32)
Tenom – 31 (23)
Nabawan – 30 (28)
Tongod – 22 (8)
Kalabakan – 0 (3)





