Jadikan Ramadhan Medium Perkukuhkan Silatulrahim – Jamawi

Jadikan Ramadhan Medium Perkukuhkan Silatulrahim – Jamawi

0
SHARE

KENINGAU, SABAH – Rakyat diseru menjadikan bulan Ramadan sebagai medium untuk mengeratkan silaturahim sesama umat Islam sekali gus mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.

Ketua Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah, Jamawi Jaafar berkata, peralihan ke fasa endemik sekarang membolehkan beberapa program seperti berbuka puasa, ziarah sempana bulan ramadhan dapat dilakukan dan dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ianya perlu dimanfaatkan oleh masyarakat Islam di negara ini.

“Lebih dari dua tahun negara kita diancam pandemik COVID-19 menyebabkan seluruh pergerakan dan aktiviti tidak dapat dilakukan seperti majlis berbuka puasa dan yang paling menyedihkan tidak dapat meraikan syawal bersama keluarga dan peralihan ke fasa endemik ini ternyata memberikan rahmat untuk kita berjumpa mengeratkan silatulrahim,” katanya selepas majlis berbuka bersama rakan-rakan seperjuangan dalam NGO di Perkasa Hotel Keningau kemarin.

Jamawi (berdiri) tengah bersama rakan-rakan dari pelbagai kaum di majlis tersebut…

Majlis turut dihadiri oleh rakan-rakan dalam Badan Belia Usia, bekas kakitangan UPMM Kemabong, Koperasi Belia Tenom, Pasukan JJFC dan bekas ahli jawatankuasa pergerakan Pemuda Umno Tenom.

Menurut Jamawi, melalui majlis seperti itu sudah tentu hubungan silaturahim dapat dirapatkan semula setelah hampir dua tahun jarang berkesemuka antara satu sama lain keadaan yang tidak mengizinkan untuk berkumpul.

“Di Sabah kita amat bertuah pelbagai kaum dapat berkumpul bersama dalam majlis berbuka puasa yang memberikan gambaran semangat Keluarga Malaysia sebenarnya sejak sekian lama telah lama wujud di negeri ini,” katanya…

Jamawi (berdiri) tengah bersama rakan-rakan dari pelbagai kaum di majlis tersebut…

Jamawi yang juga Pengerusi SUDC turut mengingatkan masyarakat agar tidak leka dengan pematuhan SOP walaupun negara telah beralih ke fasa endemik.

“Dengan kelonggaran yang ada ini mungkin kita boleh mengadakan majlis rumah terbuka sempana aidilfitri tapi sebaiknya dibuat di dalam skala kecil dengan pematuhan kepada SOP yang ditetapkan termasuk aspek kebersihan bagi membendung penularan COVID-19.

“Walaupun angkanya semakin menurun di negeri ini tapi kita jangan leka,” katanya.