Tiada Kerosakan Selepas Gempa Bumi Lemah Mengegar Kundasang

Tiada Kerosakan Selepas Gempa Bumi Lemah Mengegar Kundasang

0
SHARE

RANAU, SABAH – Gempa bumi lemah berukuran 3.7 pada skala Ricther dikesan berlaku di Kundasang pada jam 9.28 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam sebuah kenyataan berkata gempa bumi itu berlaku di koordinat 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur Kundasang.

“Gempa bumi dikesan pada jarak 14 kilometer Barat Laut dari Ranau dengan kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran dirasai di sekitar Ranau namun tiada ancaman tsunami kepada negara,” katanya.

Dalam pada itu, agensi keselamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bertindak melakukan pemantauan di sekitar Pekan Ranau susulan kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Talib berkata, setakat ini pihak bomba belum menerima sebarang aduan.

“Setakat ini keadaan terkawal dan hasil laporan pasukan bomba yang memantau, tiada kerosakan bangunan dilaporkan,” katanya ketika dihubungi wartawan.