Brunei Pertimbangkan Pelbagai Vaksin COVID-19

Brunei Pertimbangkan Pelbagai Vaksin COVID-19

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

BANDAR SERI BEGAWAN – Menteri Kesihatan Brunei, Mohd Isham dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan akan mempertimbangkan pelbagai vaksin COVID-19, termasuk dari Amerika Syarikat (AS), Eropah dan China untuk digunakan di negara itu.

“Kami sudah memaklumkan kepada orang awam bahawa Kementerian Kesihatan akan memperoleh lima peratus vaksin AstraZeneca melalui aturan dua hala dan 15 peratus lagi daripada kemudahan COVAX (rancangan akses vaksin COVID-19 yang diterajui WHO), berjumlah 20 peratus,” katanya yang dipetik daripada akhbar harian tempatan Borneo Bulletin malam tadi.

“Vaksin lain yang akan digunakan oleh Brunei Darussalam masih dalam pemeriksaan dan kami belum menolak sebarang vaksin termasuk Pfizer, yang menunjukkan keberkesanan tinggi, walaupun pada hakikatnya ia memerlukan suhu penyimpanan sejuk -80 darjah Celsius,” katanya seperti yang dilaporkan agensi berita Xinhua.

Menurut menteri itu, Brunei juga menilai vaksin Moderna, yang memerlukan suhu penyimpanan sejuk hanya -20 darjah Celsius.

Mohd Isham berkata vaksin dari China, seperti SinoPharma dan Sinovac, juga sedang dinilai.

Brunei baru-baru ini melanjutkan sekatan kemasukan warga asing dari Malaysia – termasuk transit di Brunei melalui darat dan laut – selama 14 hari hingga 10 Februari.