Kerugian RM4.4 Bilion Di Malaysia Akibat Penipuan Skim Pelaburan

Kerugian RM4.4 Bilion Di Malaysia Akibat Penipuan Skim Pelaburan

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kira-kira 1.7 juta mangsa penipuan 27 jenis skim pelaburan melibatkan kerugian bernilai RM4.4 bilion dicatatkan di negara ini sepanjang tempoh Julai 2013 hingga September 2017 lalu.

Memetik kenyataan Utusan Online, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dipetik berkata, dalam tempoh berkenaan, pihaknya menerima lebih 2,500 laporan mangsa bagi kes.

“Kami beberapa kali mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan skim begini kerana tiada satu pelaburan yang dapat memberikan pulangan tinggi. Agent atau _leader_ syarikat biasanya akan mengambil deposit daripada mangsa untuk dilaburkan dalam syarikat tempatan.

“Pakej pelaburan yang ditawarkan oleh suspek adalah antara RM350 hingga RM55,000 dengan menjanjikan pulangan tinggi,” katanya.

Senarai skim penipuan pelaburan yang dikenal pasti.

1. Crude Palm Oil
2. Highway Group Resources
3. Mekah Islamic Hotel
4. Federal Reserve Chicago Bond
5. RJB Empire Group
6. Venus Fx 7. AAM Academy
8. Celoreng Mindef
9. Kongsi Makan
10. Bit Coin – Bit Kingdom
11. JJPTR 12. Bit Coin – Al Mubin Agarwood
13. Exorbitence Influence Sdn. Bhd. (Krubal)
14. Richway
15. Pelaburan Emas Royal Gold
16. Dato Dave (Syarikat Aero Asia Holding)
17. Monspace
18. MFace / MBI
19. Pelaburan Emas – Tok Belagak
20. Pelaburan Emas – Pegasus Bullion
21. Saham – Century Dinasty
22. Pelaburan Forex – MGCFX
23. Pelaburan Sunner Group
24. Pelaburan GM Friday
25. Focus Capital Growth
26. Skim Perumahan DBI/Juta Kelulut
27. Global Tijari