Kes Harian COVID-19 Sabah Menurun, Tetapi Masih Di Paras Membimbangkan

Kes Harian COVID-19 Sabah Menurun, Tetapi Masih Di Paras Membimbangkan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Penurunan 216 kes baharu tetapi jumlah harian jangkitan COVID-19 kekal tinggi di Sabah dengan 3,891 KES hari ini.

Kota Kinabalu terus mencatatkan kes tertinggi di Sabah dengan 914 kes (-315) tetapi jauh lebih rendah daripada catatan semalam.

Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes saringan bergejala terus menjadi penentu. Secara keseluruhannya, 58 peratus daripada kes hari ini adalah kes saringan bergejala.

“Kita boleh rumuskan bahawa peratusan jangkitan secara sporadik (bergejala) yang tinggi adalah penyebab kepada perebakan virus yang begitu cepat dan meluas…

“Walaupun jumlah hari ini turun sedikit berbanding semalam tetapi kemungkinan besar tidak akan bertahan dengan mengambil kira peratusan kes jangkitan sporadik yang amat tinggi,” katanya dalam rumusan kes.

Menurutnya jangkitan di kalangan kanak-kanak kecil juga tinggi. Hari ini terdapat 189 kanak-kanak dibawah umur 5 tahun dan 329 kanak-kanak yang berumur antara 5 – 11 tahun dijangkiti.

Empat (4) pesakit hari ini masing-masing berada dalam Kategori 3 dan 4 manakala dua (3) orang dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (13 Feb 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 914 (1,229)
Sandakan – 478 (383)
Tuaran – 414 (271)
Penampang – 389 (424)
Papar – 256 (164)
Tawau – 245 (261)
Lahad Datu – 184 (184)
Beaufort – 133 (136)
Ranau – 119 (114)
Kota Belud – 100 (198)
Kunak – 75 (51)
Keningau – 75 (92)
Kota Marudu – 72 (104)
Putatan – 64 (47)
Kuala Penyu – 60 (57)
Semporna – 51 (68)
Sipitang – 48 (48)
Kudat – 39 (60)
Telupid – 36 (29)
Beluran – 27 (53)
Tambunan – 26 (18)
Kinabatangan – 18 (56)
Nabawan – 18 (14)
Tenom – 18 (28)
Tongod – 14 (0)
Pitas – 11 (12)
Kalabakan – 7 (6)