SANDAKAN, SABAH – Seorang pengendali ‘forklift’ di Pelabuhan Jalan Karamunting sini maut terhempap jentera berkenaan awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mangsa kejadian 5.40 itu bernama Said Hassan, berusia dalam 60an.
“Mangsa dihempap oleh sebuah jentera Forklift ketika sedang menjalankan kerja-kerja mengangkat mesin…
“Operasi mengeluarkan mangsa dijalankan menggunakan jentera Forklift kilang,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, mangsa disahkan meningal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.
“Operasi ditamatkan pada jam 07.55,” tambah laporan itu.





