Satu Tan Makanan Dulu, Jambatan Hanyut Kampung Pangaraan Mengambil Masa

Satu Tan Makanan Dulu, Jambatan Hanyut Kampung Pangaraan Mengambil Masa

0
SHARE
Arthur dan Shamsudin dalam gimik menyerah bantuan...

NABAWAN, SABAH – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Angkatan Tentera Malaysia telah mengatur gerak dua (2) buah helikopter dalam misi membawa keperluan asas makanan ke Kampung Pangaraan sini
semalam.

Pelbagai barangan dapur basah dan kering berupa beras, minyak masak, tepung, gula, susu, ayam, daging, ikan, sardin, biskut, dan peralatan asas memasak dengan berat anggaran 1.35 tan dihantar menggunakan aset EC 725 AP dari No 5 Skuadron.

Perhubungan Jalan Darat ke kawasan Mukim Tatalaan sepanjang 45 kilometer terputus akibat banjir baru-baru ini hampir siap dibaiki dan boleh dilalui oleh kenderaan mulai kelmarin.

Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata kerja-kerja kecemasan telah giat dijalankan sejak beberapa minggu lepas.

Arthur (kiri) melihat kawasan terjejas…

“Kini kenderaan daripada Keningau sudah boleh menggunakan jalan tersebut, namun kerja-kerja pembinaan semula lima (5) jambatan yang hanyut ketika banjir teruk yang dahulu akan mengambil sedikit lagi masa…

“Ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan dan agensi-agensi Kerajaan untuk memastikan kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan dengan secepat mungkin untuk perhubungan dan keselesaan orang-orang kampung di sini,” katanya.

Beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Hishammudin selaku Menteri Kanan Pertahanan dan TUDM kerana telah membantu menyediakan perkhidmatan membawa bekalan makanan itu.

“Perkhidmatan ini turut memudahkan urusan untuk turun ke lokasi bagi memantau status pelaksanaan kerja-kerja pembaikan jalan di kawasan yang terjejas,” tambahnya.

Misi tersebut turut disertai Pegawai Daerah Nabawan, Peter Jonu Moinjil, Panglima Wilayah Udara 2, Mejar Jeneral Dato’ Hj Shamsudin Kassim dan AKS A1, Lt Kol Mohd
Irwan Asmail.