TYT, Ketua Menteri Rai Keberangkatan 333 Jemaah Haji Sabah

TYT, Ketua Menteri Rai Keberangkatan 333 Jemaah Haji Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun (Dr) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Datin Seri Hajah Norlidah bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Hajah Juliah Salag meraikan keberangkatan seramai 333 Jemaah Haji Sabah, di Raia Hotel, sini, pada Isnin.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri (Dr) Haji Juhar Mahiruddin menyampaikan sumbangan kepada Jemaah Haji Sabah sambil diperhatikan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Datin Seri Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni dan Datin Seri Hajah Juliah Salag ketika menyampaikan bantuan kepada Jemaah Haji dari Sabah sempena majlis meraikan keberangkatan Jemaah Haji Sabah di Raia Hotel di Kota Kinabalu.