Angka 666 Bukti Sabah Rekod Kes Positif COVID-19 Tertinggi Setakat Ini Di...

Angka 666 Bukti Sabah Rekod Kes Positif COVID-19 Tertinggi Setakat Ini Di Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Catatan angka ‘666’ KES kelmarin (Ahad) menjadikan rekod tertinggi kes harian positif COVID-19 setakat ini di Sabah.

Jurucakap COVID-19 negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kelmarin boleh juga dipanggil sebagai “Hari Penjara” kerana lebih 50 peratus (50%) daripada kes di Sabah datang daripada DUA (2) penjara iaitu Penjara Kepayan(211 kes daripada 278 kes bagi Kota Kinabalu (76%) dan Penjara Tawau 124 kes daripada 145 kes yang dilaporkan di Tawau (85.5%).

“Secara keseluruhan 449 kes (67.4%) daripada 666 kes berlaku di kluster-kluster sedia ada yang sudah pun diletakkan di bawah perintah PKPD…

“65.3% (435) semua pesakit (positif) berada dalam Kategori/Tahap 1 (tidak bergejala) & 33.8% (225) dalam Kategori/Tahap 2 (bergejala tanpa radang paru-paru). Ini bermakna 99% mereka yang disahkan positif hari ini hanya perlu menjalani rawatan di PKRC (Pusat Kuarantin & Rawatan Covid) dan tidak perlu dimasukkan di hospital,” katanya.

Dua kes kematian juga dilaporkan di Lahad Datu dan Beaufort manakala terdapat empat (4) kluster baharu direkodkan hari ini.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 18 Julai 2021…(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

“Kluster Batu Tiga Utara Sandakan merupakan seorang lelaki, 27, pesakit rawatan hemodialisis di sebuah unit dialisis hospital kerajaan. Kluster Agathis di Kalabakan melibatkan penularan jangkitan di tempat kerja iaitu di sebuah ladang kelapa sawit…

“Kluster Sri Sandau di Kinabatangan dikesan apabila kes indeks yang merupakan pekerja ladang wanita, 35, bukan warganegara, disahkan positif COVID-19 dan Kluster Tembok Dua Tawau adalah kluster kategori pusat tahanan penjara,” katanya.

Setakat ini 70 lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan DIperketatkan (PKPD).

Dalam pada itu Masidi mengumumkan 13 lagi lokaliti baharu yang akan diperkenakan perintah itu bermula 20 Julai sehingga 2 Ogos.

“Empat (4) lokaliti dalam Mukim Likas, Kota Kinabalu adalah Taman Teluk Likas, Kampung Gusung, Taman Kurnia Jaya dan Kuarters Kilang Permai Kaya…

“DI Kampung Muhibbah dan dan Kampung Bakalau di Beaufort dan Ladang Agathis di Kalabakan. Dua Perkampungan di Sipitang, iaitu Kampung Solob dan Kampung Tunas Baru.

“Kampung Dandulit Matunggong, di Kudat Sabah dan Kampung Nosoob, Penampang,” jelas beliau.