KETUA MENTERI SEMPURNAKAN PENYERAHAN LEMBU KORBAN IPD TUARAN

KETUA MENTERI SEMPURNAKAN PENYERAHAN LEMBU KORBAN IPD TUARAN

0
SHARE
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyempurnakan acara simbolik penyerahan lembu korban kepada Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Noraidin Ag Maidin di satu upacara penyerahan ringkas di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran pada hari Ahad. Turut hadir dalam acara itu ialah; Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai dan Pembantu Menteri Kewangan Jasnih Daya...
TUARAN, SABAH – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyempurnakan Majlis
Penyerahan Lembu Korban di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tuaran di sini pada Ahad.

Beliau bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri (ADUN KIULU), Datuk Joniston Bangkuai dan Pembantu Menteri Kewangan (ADUN PANTAI DALIT), Jasnih Daya secara simbolik menyerahkan lembu korban kepada Ketua Polis Daerah Tuaran, Timbalan Superintendan (DSP) Noraidin Ag Maidin.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Haji Noor Kg Serusop Tuaran pada hari Ahad…

Terdahulu, Ketua Menteri menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Haji Noor Kampung Serusop, Tuaran bersama penduduk di sekitar kampung berkenaan.


Hajiji turut mengambil peluang beramah mesra dengan jemaah selepas menunaikan
solat sunat Aidiladha.
Hajiji beramah mesra dengan jemaah setelah selesai menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Haji Noor di Kg Serusop Tuaran pads hari Ahad…