Kes Menurun Hari Ini, Namun Angka Kes COVID-19 Sabah Masih Tinggi

Kes Menurun Hari Ini, Namun Angka Kes COVID-19 Sabah Masih Tinggi

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pengurangan sebanyak 636 kes baharu dicatat berbanding semalam dengan jumlah 4,256 KES hari ini.

Walau bagaimanapun, menurut Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, sebahagian besar jumlah kes adalah yang tertunggak.

“Keputusan saringan daripada beberapa daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang, Papar dan Putatan merupakan kes-kes tertunggak yang baru didaftarkan dalam masa 24 jam yang lalu,” katanya.

Selain itu, satu kluster tempat kerja diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Binunuk yang melibatkan lokaliti Beaufort dan Papar. Jumlah kluster aktif di seluruh Sabah setakat ini ialah 41 kluster.

“Peratusan jangkitan sporadik dalam komuniti kekal tinggi pada 65 peratus dan merupakan penyumbang utama jangkitan baharu di 20 daripada 27 daerah di Sabah…

“Sekali lagi rakyat diperingatkan agar mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) sepanjang masa semasa berada di khalayak ramai khususnya ditempat-tempat awam yang penuh sesak,” tegasnya dalam rumusan harian.

Sembilan (9) pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 3, empat (4) dalam Kategori 4 dan enam (6) lagi dalam Kategori 5 manakala yang lain berada dalam Kategori 1 atau 2 sahaja.

“Sebanyak 517 kes pada hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin dengan 237 daripadanya di bawah umur 5 tahun yang belum layak mendapatkan vaksin…

“Setakat ini, PICKids Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 36,382 daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara 5-11 tahun yang layak untuk divaksin,” tambahnya.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (25 Feb 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 1,241 (1,947)
Papar – 370 (290)
Putatan – 363 (22)
Penampang – 345 (415)
Tuaran – 308 (425)
Kota Belud – 186 (207)
Tawau – 165 (208)
Sandakan – 157 (192)
Keningau – 144 (144)
Beaufort – 126 (194)
Lahad Datu – 113 (100)
Kota Marud – 100 (93)
Sipitang – 89 (48)
Kuala Penyu – 72 (85)
Tenom – 70 (54)
Ranau – 69 (79)
Pitas – 52 (33)
Tambunan – 50 (53)
Kinabatangan – 44 (18)
Nabawan – 38 (64)
Kunak – 35 (19)
Beluran – 33 (54)
Tongod – 31 (13)
Telupid – 27 (69)
Kudat – 19 (49)
Semporna – 5 (13)
Kalabakan – 4 (4)