KENINGAU, SABAH – Sebuah syarikat kilang kayu di sini mengalami kerugian berjuta ringgit dalam kebakaran pada awal pagi Selasa.
Bomba daerah melaporkan pusat penyimpanan kayu jenis getah Kilang Kayu Ho Lian di Kampung Patikang Ulu musnah 100 peratus (100%).
Panggilan kecemasan berhubung kes diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau pada jam 12.46 pagi.
Ketua Balai BBP Keningau, PKPgB Sharudy Delamin berkata pusat simpanan itu dianggaran berkeluasan 72m X 24m.
“Turut terlibat dalam kebakaran adalah sebuah Jentera Excavator, empat (4) buah jentera Forklift, tiga (3) jentera Cutterpillar, 12 buah mesin Multiblade, sebuah Lot Cutter, 450 pek Borak Boric Asid (25kg) dan beberapa biji tayar simpanan jentera berat…
“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan 1 aliran 600 kaki 2 pancutan dan 1 aliran 500 kaki 4 pancutan sumber air dari jentera bomba dan air terbuka (parit) yang berhampiran,” katanya.

Sharudy berkata operasi dibantu BBP Sook, Tenom dan Tambunan manakala lapan (8) anggota Polis Diraja Malaysia dan LIMA (5) lagi daripada SESB turut berada di lokasi.
“Tiada mangsa dilaporkan terlibat. Operasi terkawal pada jam 2:40 dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 7.35 pagi,” katanya dalam sebuah kenyataan.





