MIRI, SARAWAK – Sebuah kilang memproses makanan laut di Sungai Baong, di sini, musnah dalam kebakaran, pagi ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 6.32 pagi tadi.
Beliau berkata, 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng dikejarkan ke tempat kejadian.“Setibanya di lokasi didapati asap tebal keluar dari dalam kilang pengeluaran makanan laut itu.
“Kerja pemadaman sedang dijalankan ketika ini,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.