KOTA BELUD, SABAH – Seorang warga emas yang hilang sejak Sabtu lalu ditemui selamat oleh sepasang suami isteri pagi tadi.
Mangsa, Tianun Padis, 86 tahun, ditemui di kawasan jalan berhampiran Kampung Ginapas pada pukul 9 pagi hari ini.
Beliau dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Kalibungan Rosok semasa memberi makanan kepada haiwan ayam dan kucing peliharaannya.
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah telah berkata mangsa telah mengalami kecederaan luka ringan di muka.
“Mangsa dihantar ke Hospital Kota Belud unutk rawatan lanjut dan operasi pencarian ditamatkan pada jam 09:30,” kata sumber.