Klip Video Tanah Runtuh Tular Bukan Di City Mall

Klip Video Tanah Runtuh Tular Bukan Di City Mall

0
SHARE
Parkir
Tangkap layar klip video (atas) dan kawasan parkir City Mall (bawah)

KOTA KINABALU, SABAH – Polis menafikan klip video beberapa kenderaan sedang berparkir dilenyek tembok penghadang akibat tanah runtuh berlaku di City Mall sepertimana didakwa dalam mesej rantai.

Klip dengan durasi satu minit kejadian berkenaan mula tular di media sosial WhatsApp sejak semalam yang dikatakan berlaku di kawasan parkir belakang pusat beli belah City Mall di Jalan Lintas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata pihaknya telah mengesahkan bahawa kejadian terbabit tidak berlaku di Sabah dan sebaliknya di luar negara.

Katanya, pihak Polis Daerah Kota Kinabalu tidak menerima sebarang laporan mengenai tanah runtuh.

Menurutnya, orang ramai dinasihati agar berhenti menyebar maklumat palsu kerana tindakan tidak bertanggung jawab ini boleh menimbulkan spekulasi dan kebimbangan.