Sabah Ambil Alih Pengurusan Sisa Terjadual Dari Persekutuan Selaras MA63

Sabah Ambil Alih Pengurusan Sisa Terjadual Dari Persekutuan Selaras MA63

0
SHARE
Christina
Christina ketika ditemui media ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri melalui Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (JPASS) akan mengambil alih pengurusan Sisa Terjadual daripada Jabatan Alam Sekitar Persekutuan berkuat kuasa Januari 2026.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata langkah itu selaras dengan penurunan kuasa oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berkenaan dengan alam sekitar.

“Perkara ini telah dipersetujui semasa mesyuarat Kabinet Negeri Sabah pada 21 Ogos 2024 yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Sehubungan itu, beberapa tindakan telah pun dimulakan oleh JPASS termasuk meminda Enakmen Perlindungan Alam Sekitar 2002 dan merangka perundangan subsidiari berkaitan Sisa Terjadual.

“Menyediakan pelan pengurusan Sisa Berjadual untuk Sabah, membangunkan sistem pemantauan Sisa Terjadual dalam talian dan meningkatkan kapasiti JPASS dengan sokongan penuh daripada Jabatan Alam Sekitar Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Christina berkaya penurunan kuasa oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri di bawah MA63 berkaitan alam sekitar akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan pengurusan sisa terjadual.