AirAsia Perluas Rangkaian Di China Pada Separuh Tahun Kedua

AirAsia Perluas Rangkaian Di China Pada Separuh Tahun Kedua

0
SHARE
Airasia
Poster promosi pelancaran baharu laluan baharu Pulau Pinang-Shenzhen dan Kota Kinabalu-Shantou ( Sumber Foto: Ihsan AirAsia )

SEPANG, SELANGOR – AirAsia memperluas rangkaiannya di China pada separuh tahun kedua ini dengan melancarkan laluan baharu Pulau Pinang-Shenzhen dan Kota Kinabalu-Shantou.

Dengan penambahan dua laluan baharu ini, AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke/dari China, sekaligus memperkukuh kedudukannya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah asing terbesar di negara tersebut.

AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) akan mengendalikan empat penerbangan mingguan dari Pulau Pinang ke Shenzhen bermula 28 Oktober 2024 manakala penerbangan dari Kota Kinabalu ke Shantou akan bermula pada 16 November 2024 dengan tiga penerbangan mingguan.

Sempena meraikan pelancaran laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang promosi untuk penerbangan antara Pulau Pinang dan Shenzhen bermula daripada RM329 termasuk semua*sehala dan penerbangan dari Kota Kinabalu ke Shantou dengan tambang bermula daripada RM299 termasuk semua sehala.

Semua penerbangan kini boleh ditempah melalui aplikasi AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) dan airasia.com mulai hari ini hingga 8 September 2024.

Terbang dari Pulau Pinang ke Shenzhen antara 28 Oktober 2024 hingga 29 Mac 2025 dan dari Kota Kinabalu ke Shantou antara 16 November 2024 hingga 29 Mac 2025 pada tambang promosi istimewa.

Semua rakyat Malaysia layak untuk memasuki negara China tanpa visa bagi tujuan pelancongan sehingga 15 hari sehingga akhir tahun 2025.