DARIPADA 62 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat ENAM (6) KES IMPORT DAN 56 KES TEMPATAN…
Laporan media harian perkembangan COVID-19 sebentar tadi yang dipetik melalui Facebook KKM menyatakan Kluster Benteng Lahad Datu (LD) penyumbang angka kes terbesar sebanyak 51 KES.
Memetik kenyataan rasmi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham pada Facebook rasmi miliknya berkata, sebanyak 51 kes dikesan positif COVID-19 dari Kluster Benteng LD.
Menurutnya, kluster ini telah dikenal pasti pada 1 September 2020. Ia bermula dari dua (2) orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang ditahan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah pada 24 Ogos 2020. Mereka disaring dan didapati positif COVID-19 pada 31 Ogos 2020. Kes dimasukkan ke Hospital Lahad Datu dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat dijalankan.
Dalam tempoh tujuh (7) hari, seramai 1,404 orang telah disaring dan 66 kes positif COVID-19 dikesan dengan kadar positiviti sebanyak 4.7%.
Daripada 66 kes positif COVID-19 dalam kluster ini, sebanyak 64 kes melibatkan banduan (97.0 peratus) manakala dua (2) lagi kes (3.0 peratus) merupakan seorang pegawai penjara dan anak saudaranya.
Jumlah saringan yang telah dilaksanakan bagi kluster ini melibatkan:
Kluster ini melibatkan dua (2) daerah di Sabah. Daripada jumlah kes positif COVID-19 kluster ini, 30 kes (45.5 peratus) merupakan warganegara Malaysia dan 36 kes (54.5 peratus) bukan warganegara.
Pecahan saringan mengikut daerah yang terbabit adalah seperti berikut:
- 50 kes dikesan positif COVID-19 (22 warganegara, 28 bukan warganegara);
- 337 individu negatif; dan
- 33 individu masih menunggu keputusan.
- 16 kes dikesan positif COVID-19 (8 warganegara, 8 bukan warganegara);
- 230 individu negatif; dan
- 738 individu masih menunggu keputusan.
Nor Hisham turut menjelaskan bahawa berdasarkan analisa risiko yang dijalankan, faktor penularan COVID-19 bagi kluster ini adalah ruang lokap yang sesak dan sempit.
Didapati penjarakan fizikal tidak diamalkan. Ini merupakan penyumbang utama penularan jangkitan covid-19 di kalangan banduan.
Justeru, kepatuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah penting dan harus diamalkan sepanjang masa tanpa mengira tempat.