Kluster Pulutan Sumbangkan Peningkatan Kes Baharu Positif COVID-19 Di Sabah

Kluster Pulutan Sumbangkan Peningkatan Kes Baharu Positif COVID-19 Di Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kluster baharu Pulutan Nabawan yang dikesan kelmarin (Jumaat) telah membawa kepada 287 KES yang mana terdapat peningkatan sebanyak 84 kes daripada 203 kes sebelum ini (Khamis).

Jurucakap COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata kluster berkenaan melibatkan seorang wanita OKU berumur 56 tahun yang telah meninggal dunia dan disahkan positif pada 31 Mei.

“Mangsa mempunyai simpton batuk serta demam dua hari sebelum kematiannya dan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Pulutan, Sepulut pada Khamis…

“Susulan kes itu, daripada 97 individu yang disaring, 10 individu disahkan positif COVID-19 manakala 86 kes lagi masih menunggu keputusan saringan pertama.

“Semua kes positif telah dirujuk ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut dan pengasingan di PKRC Keningau,” kata beliau.

Berdasarkan siasatan awal, kluster indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis penghormatan terakhir di Kampung Pulutan pada 30 hingga 31 Mei 2021.

Dalam pada itu, TIGA (3) kes kematian direkodkan hari ini kesemuanya dari daerah Tawau.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 04 Jun 2021…(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

“Kerajaan Negeri memberi kebenaran kepada semua aktiviti derma darah yang dijalankan oleh Perkhidmatan Perubatan Transfusi Negeri Sabah sejak Khamis…

“Kebenaran ini termasuk aktiviti derma darah bergerak dan di lokasi pendermaan tetap sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Sabah bagi menampung keperluan bekalan darah,” katanya.

Sementara itu, Masidi, menggesa pihak pengurusan masjid, surau serta rumah-rumah ibadat lain di seluruh daerah untuk mewar-warkan maklumat berkaitan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan SOP PKP Negeri Sabah melalui kemudahan alat pembesar suara di premis masing-masing.

“Langkah ini bagi membantu Kerajaan Negeri dalam usaha menyebar luas maklumat tersebut kepada masyarakat khususnya penduduk di kawasan luar bandar,” tambah beliau.