KM HAJIJI BERBUKA PUASA BERSAMA RAKYAT DI KAMPUNG LOK NUNUK TUARAN

KM HAJIJI BERBUKA PUASA BERSAMA RAKYAT DI KAMPUNG LOK NUNUK TUARAN

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan sumbangan duit raya dan bakul makanan kepada golongan kurang mampu pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Surau Darul Iman, Kampung Lok Nunuk Tuaran ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

TUARAN, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan sumbangan duit raya dan bakul makanan kepada 274 penerima dari Kampung Lok Nunuk dan Kampung Baru-Baru di perkarangan Surau Darul Iman, Kampung Lok Nunuk di sini, semalam.

Hajiji yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah (YS) turut meluangkan masa berbuka puasa bersama penduduk kampung pada program Majlis Berbuka Puasa dianjuran Yayasan Sabah dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.12 Sulaman.

Hajiji turut menyaksikan penyerahan sumbangan daripada YS kepada Surau Darul Iman Kampung Lok Nunuk berupa tikar sejadah, lampu solar dan kurma.

Turut hadir Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya yang juga Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Snd.Bhd (ICSB), ADUN Karamunting, George Hiew Vun Zin, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Abdul Kassim Razali dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Datuk Johari Saiman.