Sifat Toleransi Majukan Sabah, Kerajaan Meritokrasi Menjadi Pelonjak – Masidi

Sifat Toleransi Majukan Sabah, Kerajaan Meritokrasi Menjadi Pelonjak – Masidi

0
SHARE
Masidi
Masidi menerima cenderahati dari Presiden Macma Malaysia Dr. Yap (kiri) dan Presiden Macma Sabah Ritchie (kanan)

KOTA KINABALU, SABAH – Kehidupan harmoni di Sabah antara berbilang kaum dan agama mencerminkan keadaan sebuah Malaysia yang dahulu yang kata Menteri Kewangan Negeri Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata keamanan dan toleransi, selain keindahan alam semula jadinya, menjadikan Sabah negeri begitu unik.

“Apabila orang dari luar negara bertanya kepada saya, apa yang istimewa sangat tentang Sabah, saya akan memberitahu mereka bahawa ia adalah negeri yang mencerminkan asas penubuhan Malaysia.

“Kaum dan agama tidak memecahbelahkan kita. Ramai dari keluarga kita, termasuk saya, mempunyai kepercayaan yang berbeza dan kita semua boleh meraikannya.

“Apabila Malaysia ditubuhkan, ideanya adalah untuk menyatukan semua orang. Malangnya, ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan di luar Sabah atau Sarawak.

“Saya rasa rakyat Sabah adalah contoh terbaik rakyat Malaysia kerana kita memiliki toleransi yang tidak boleh dipecahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa tahunan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) di sini, baru-baru ini.

Beliau dalam pada itu turut menambah bahawa toleransi adalah kriteria utama untuk sebuah negara dan negeri yang sejahtera.

“Kita hanya boleh berkembang dengan aman dan kerajaan yang baik ialah kerajaan yang mengamalkan meritokrasi.

“Pekerja yang terbaik akan memperoleh apa yang setimpal,” katanya.