
KUALA LUMPUR – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri majlis angkat sumpah dan menandatangani istiadat pemasyhuran jawatan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke-17, Sultan Ibrahim, bagi tempoh lima tahun di Istana Negara hari ini.
Istiadat yang diadakan semasa Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri (bilik takhta), Istana Negara turut menyaksikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim menaiki takhta menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang menamatkan pemerintahan baginda sebagai Yang diPertuan Agong ke-16 pada 30 Januari.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong mengiringi Hajiji ke majlis terbabit.





