KOTA KINABALU: Dua rumah rosak selepas tujuh kejadian tanah runtuh dilaporkan sejak semalam di Kampung Kopungit.
Walau bagaimanapun, tiada mangsa cedera dilaporkan.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, pasukan bomba bersama agensi lain telah mengarahkan dua keluarga berpindah sementara ke Balai Raya Kampung Kopungit bagi keselamatan mereka.
Operasi 8.20 pagi tadi diketuai PBK II Masri Gari dengan tujuh anggota dibantu polis dan Jabatan Mineral dan Geosains Sabah.
“Kawasan berisiko tinggi untuk runtuhan susulan jika hujan berterusan.
“Orang ramai dinasihati mematuhi arahan dan menjauhi kawasan berisiko,” kata seorang pegawai jurucakap agensi.
Pihak Bomba kini menjalankan pemantauan berterusan.






