Australia Tamatkan Kuarantin Mandatori Individu Dijangkiti COVID-19

Australia Tamatkan Kuarantin Mandatori Individu Dijangkiti COVID-19

0
SHARE

SYDNEY, AUSTRALIA Australia mengambil keputusan untuk menamatkan kuarantin mandatori selama LIMA (5) hari bagi individu yang dijangkiti COVID-19 bermula 14 Oktober ini.

Langkah itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Anthony Albanese pada Jumaat, ketika negara itu membatalkan salah satu sekatan terakhir yang masih ada dari era pandemik.

“Kami mahukan dasar yang menggalakkan daya tahan dan pembinaan kapasiti serta mengurangkan pergantungan kepada campur tangan kerajaan,” kata Albanese semasa taklimat media.

Anthony Albanese…

Selepas berjaya membendung sebahagian besar virus itu melalui sekatan sempadan ketat dan perintah berkurung pada awal pandemik, Australia mula hidup dengan virus itu dari awal tahun ini dengan melonggarkan sekatan secara berperingkat berikutan vaksinasi yang lebih tinggi.