Walkabout Tahun Baharu Cina di Tg Aru, Sembulan

Walkabout Tahun Baharu Cina di Tg Aru, Sembulan

0
SHARE
Salah seorang peniaga restoran di Pekan Tanjung Aru menerima limau mandarin daripada Shahelmey (Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah)

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya meneruskan Program Walkabout Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 di sekitar Pekan Tanjung Aru dan Pekan Sembulan, pada Ahad.

“Pagi ini (semalam) saya bersama pemimpin masyarakat Tanjung Aru dan Sembulan mengunjungi peniaga-peniaga berbangsa Tiong Hwa untuk mengagihkan limau Mandrin sebagai simbolik sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini.

 

“Kita berharap dengan adanya aktiviti sebegini setiap tahun kita akan terus dapat mengeratkan lagi perpaduan dikalangan masyarakat yang berbilang kaum terutama di kawasan Parlimen Putatan.

“Dianggarkan seramai kira-kira 15,000 orang masyarakat kaum Tiong Hwa berada di Parlimen Putatan dan pejabat parlimen beliau sentiasa bersedia membantu masyarakat tersebut khususnya dalam bidang pendidikan,” katanya ketika ditemui di Pekan Sembulan.

Terdahulu Shahelmey turut melawat dan mengagihkan angpau dan limau Mandarin kepada masyarakat Tiong Hua di beberapa premis perniagaan di Taman Pantai Lok Kawi, Taman Jumbo Petagas dan sekitar Pekan Putatan pada Sabtu. — JABATAN PENERANGAN SABAH