KM HAJIJI TERUJA TERIMA REPLIKA KAD PENGENALAN LAMA

KM HAJIJI TERUJA TERIMA REPLIKA KAD PENGENALAN LAMA

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berasa teruja menerima replika kad pengenalan lamanya daripada Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Sabah baharu, Ervinah Kebahi @ Syarafina Ibrahim ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berasa teruja menerima replika kad pengenalan lamanya daripada Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Sabah yang baharu, Ervinah Kebahi @ Syarafina Ibrahim.

Ervinah berkongsi saat mengembirakan itu bersama Ketua Menteri selepas
menyerahkan replika kad pengenalan berkenaan dalam kunjungan hormatnya di
Pejabat Ketua Menteri di Menara Kinabalu, Isnin lepas.

Ervinah, memulakan tugas sebagai Pengarah JPN Sabah yang baharu pada Januari
2023 bagi menggantikan Khairul Aminus Kamaruddin.

Beliau sebelum ini bertugas di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) urus setia Cawangan Sabah.